Thursday, September 10, 2009

Cerita Pasal " Darling "



Hari ini...I am not feeling well. Lama dah tak rasa camni...I was thinking ...may be tak cukup rehat kot...penat badan satu ...penat minda satu..hal lagi.. Aelis balik..kerja malam....Tengok aku melepek kat Sofa..." Mama kenapa ? . Malas Gi sekolah..te ?" Aku dah biasa cam tu...malas nak jawab diam jer..Dia datang kat aku terus rasa badan aku..." tak berapa panas pong. Buat lawak plak....Aku explain kat dia...Dia nampak agak cemas...sambil membebel kat aku...Asyik pikir sekolah...la..tak makan buah yang dia beli la...tidur lewat la...bukak air con tempreture low sgt la...ai..macam-macam...

Then, Dia , take over tugas aku pagi nie....balik hantar anak sekolah...terus..picit kepala la..selimutkan aku suh tido balik...bagusnyer la...
pukul 9.0 aku sedar..dengar lentam lentum kat dapur..rupanyer..dia rebuskan aku kerang..suh makan sebab may be kurang darah...conclusion...aelis..byk berubah sejak nak masuk 40years old ni...very loving, caring,byk la..compare 14 years ago...Thank You Allah 4 this...Lagi banyak anak..lagi panas baran dia hilang...Kepala angin pun dah tak de...Alhamdulillah.

Lawatan....



Salam.....

Tengah perah otak..nak fikir program tuk budak Yr 6 lepas UPSR. Nak rangka banyak..tapi ..mesti tak boleh coz H1N1 . GB kata kena elakkan crowd . Apa nak buat...every year sama jer..rasa nak tukar yang lain lak..lah. Tukar kasi program tu kasi Pelik ckit. He he he...Well...takut nanti ada orang kata..ehhhh Tak Boleh Naha ..kita tak de duit...kita tak mau tanggung risiko....Oh! Hancusnyer hati.

Friday, August 28, 2009

Our teacher..new look





Ni seme pasal H1N1 lah...anyway setakat ini belum ada serius kes...cuma anak member aku +ve..cuma tidak lah teruk ...Amira getting better alhamdulillah...

Thursday, August 6, 2009

Sekitar Motivasi dan Ibadah UPSR 2009 di Kem Desa Chempaka....






Disini Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru SKKP khasnya kepada guru-guru tahun 6 yang banyak membantu menjayakan program ini.Kalau tidak kerana usaha anda tak mungkin ia akan berlangsung dengan jayanya walaupun ada sedik kecelaan...dek budak-budak SKKP.....Terima kasih sekali lagi.....

Begitu juga denga Puan Normah Hj Abu Bakar, Pn Fatimah Mustafa , Puan Hajja Noriah dan Pn. Hajjah Wan Ruzaini......


DOAKANLAH>>>MUDAH_MUDAHAN TAHUN INI SKKP MENCATAT KEJAYAAN TERBESAR INSYAALAH

Friday, July 10, 2009

Rasa macam tak baik ..tapi sesekali biar ajar ckit.....

Well..ada seorang hamba allah..ni...dia rasa diri dia perfect sgt....seme yang dia buat semenyer betul....4 me. I just don't care as long asa I can takee a good care 4 my pupils...Nak jadi cerita...Dia bising dengan orang..." Apalah tahun ni..Program tahun 6 tak de langsung....sekolah lain seme dah buat. Sekolah ni teruk betul. Sekolah husband aku macam-macam program buat.itu ini bla n bla...n bla..." pening aku...accept aje..bukan tak buat ..malas nak cerita...nanti terbabit orang lain. HM aku ..lantik aku ganti kawan nak bersalin ...Ok la..sebenarnya aku dah capikkk!!! dah 2 tahun..tapi bila kenangkan ..ada anakku and..anak-anak member aku terima ..dan buat seberapa mampu program....Terbaru aku buat program si pucuk leban..( ni kata kak CT tau )..jadual dah siap....edar..cuma minta guru hadir...bukan suruh tunggu sampai habis budak-budak ...u just selia program jalan sudah la...Lagi ini orang nak bising..tak mau datang la...malas...Ada guru yang realiza n kata suruh aku tukar anak dia...tak fair la..org jaga anak dia tapi dia buat bodoh kat anak org...OK....jadi aku decide untuk tukar dia sama kumpulan dengan emak dia...So its fair...kan!!! Aku nak tunggu reaction dia camna..coz aku dah inform kat anak dia last Saturday....

Tuesday, July 7, 2009

Family day ...2009







Last week pergi Family day..ngan family..penat giler. Budak-budak memang la happy. Kita yang nak separuh nyawa melayan karenah mereka . Layannz...Kak Zana pun ada..rilex ngan family.....

Family day ...2009

Saturday, June 13, 2009

Cerita pasal kahwin lagi satu.....Balik kampung aritu mak mentua aku bising pasal adik dia nak kahwin lagi...biasalah..mana ada perempuan yang nak ber



Balik kampung aritu mak mentua aku bising pasal adik dia nak kahwin lagi...biasalah..mana ada perempuan yang nak bermadu....Aku dengar aje dia marah n membebel....husband aku lagi best siap angkat kaki lagi......Kalu hal camni berlaku ...aku prefer senyap dan sengih..Cakap bab kahwin lagi satu ni...aku rasa aku ni tve..( ceh!ceh! ) Aku tidak akan menidakkan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah...Aku rasa semua orang begitu...cuma aku rasa agak sedih dengan lelaki yang nak kahwin lagi satu..mostly tak berduit...banyak hutang...adil memang payah la....agama sangat kurang...Tambahan pula...manja sebab isteri bekerja..independent dan tak menyusahkan dia...so may be dia rasa kurang tanggungjawab.So sebab itu mereka rasa mampu nak beristeri lebih dari satu.....




B

Pernah jugak aku tanya husband...memang la dia nak...sapa tak nak kan.... Bila dia jawab camtu mesti tersengih..aku faham..la tu...Tapi jauh disudut hati dia aku tahu..dia amat sayang pada aku dan anak-anak .Banyak yang kami telah berkongsi rasa dan berkorban.....Tapi seandainya berlaku...aku rasa....entah..la..minta-minta jangan la...Doakan sama-sama erk....

Tuesday, June 2, 2009

Minat kumpul barang.....







Dulu aku bukanya minat sangat nak kumpul barang...sebab bukan jenis yang camtu..tapi lately...sejak ada husband yang suka buat collection..( asalkan tak buat collection bini sudah ler...) aku jadi terikut-ikut sikap dia....aku dan dia sama naik...ok gek hobi yang sama...

Tak lama lagi aku uopload hobi kami yang sama ...baru punya....keh!keh!keh!

Friday, May 22, 2009

Kadang-kadang tak faham separuh cikgu ni.........



Salam...hari ni memang nak lepaskan perasaan...tentang tugas guru.....sebagai guru aku rasa kita tak boleh nak berkira tentang kerja....agak-agak la kata orang........kalau hari ini kita buat,esok kita buat ,lusa dan tulat semua kita kena..memang la patut melenting...tapi kalau orang bagi kerja ..kat kita asyik-asyik menolak....aje..memang nak kena....kalau pasal duit ..talk pernah pulak nak menolak...kadang-kadang cikgu begini la yang menjatuhkan profession perguruan...aku tak cakap aku bagus..tapi kalau orang bagi kerja aku buat sehabis yang aik ..kecuali akau dah tak mampu....ini tak....
tak boleh nak datang petang...nak tidur la.., baru nak rehat lah..., pasal anak lah..., rasa tak patut..kalau sesekali pasal anak..ok la ..kalau setiap kali itu aje alasanya..Allah pun tak suka....Harap cikgu begini lebih baik berhenti sahaja...kelak buat orang menyampah...bahkan menyusahkan orang...Aku tak kat benda ni pada sesapa...kucuali yang makan cili dan rasa pedasnya...sendiri mau ingatlah...

Sunday, May 17, 2009

Kenapa Kena balik kerja awal.........


Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Lepak kat Muor.........





Projek masa depan...






Hari itu aku balik kampung...tengok orang tua..lama jugak tak tengok..tahun ini anak aku nak exam ..jadi kena korban ckit lah...lebihkan tution dia...Aku sempat jugak tengok progress kebun aku ...yang baru dibeli...masa aku datang tu..JCB tengah tolak..anak aku suka betul...tengok...

Saturday, May 2, 2009

Aik..sudah tukar......ka ?



Salam...untuk semua...

Kelakar betul la ..dulu masa anak satu...."mama tak payah kerja la...duduk rumah aje...lagi senang ..everything teratur...anak pun terjaga. Abang risau pasal anak kalau orang lain jaga ".Dialog itu a2 tahun lepas masa tu ..anak seorang ..tak pandai drive....everything harap kat dia...benefit kerja tak nampak lagi.....sekarang...." Abang..mama rasa malas nak kerja la...nak dok rumah...lagi best kepala pun tak sakit...rasa nak berehat lah..."...Dia kata..." er..tak payah la berhenti kerja.....awak kerja aje..nanti abang yang berhenti...kerja...abang jadi driver awak ..kat mana je awak nak gie kursus...." Hairan bin ajaib.....Sudah tukar ke..? Anyway aku tak kisah pun sebab aku tahu husband aku setakat ni ...ada wawasan...and confident...sebab....so far apa yang dia buat menjadi...aku doakan dia berjaya...dalam impian dia...n..berjaya di dunia dan akhirat...insyaalah...whatever it is saya berdoa untuk menjadi isteri abang di dunia dan akhirat..amin

Saturday, April 18, 2009

Sakit kepala hari ini.........



All of d English teachers in Kuantan have to attend a course , which is about ICTL...unfortunately..that course doen't match to the title itself. We teachers need to do a question based on the textbook year 5. Each of te school also need to pay RM 20 as a token of appreciation to the facilitator.....I don't understand why does the organiser doen't prepared earlier for the course. It looks like ' BIDAN TERJUN ' and " MELAPASKAN BATUK DI TANGGA ".....

Sunday, February 8, 2009

IDOLA SUAMIKU...



PEKEBUN KECIL CONTOH
DAERAH MUAR "

Berkata pepatah; “ yang senang tidak datang bergolek dan manakan dapat sagunya kalau tidak pecahkan ruyung.

Kini kejayaan yang dikecapi oleh seorang insan yang berpegang teguh kepada keyakinan yang utuh dan bersemangat waja, jatidiri serta bersyujur membuahkan hasil kejayaan kepada saudara Mohd. Janis b. Abu Bakar anak kelahiran Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar.Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1957,dalam suasana kehidupan yang serba kekurangan dan tidak menentu pada ketika itu.Ayah dan ibu beliau membelai dan mendidik seramai sebelas orang anak-anaknya dengan rela dan reda memerah keringat mencari rezeki hasil torehan getah tua yang mengalir lesu selesu usia Pak Bakar.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan akademi yang tinggi sekadar tamat tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir,beliau tidak berputus asa dengan bermodalkan RM4.00 meraih getah skrap dan keeping dari pekebun kecil disekitar kampung dengan menggunakan basikal tua pemberian datuknya untuk dijual ke pekan Bukut Gambir pada tahun 1972.Setelah beberapa tahun,beliau memohon lesen pembelian getah dengan membuka kedai sebaik sahaja mendapat kelulusan.peringkat awal beliau mendapat kemudahan pinjaman dari sebuah institusi kewangan sebanyak RM60,000.00, kemudian beliau memulakan perniagaan melalui KOPMAJU BHD. Pada tahun 1996 beliau diaugerahkan sebagai Penaiga Jaya Wilayah Selatan. Walau apapun rintangan dan tekanan namun beliau terus megejar cita-cita dan impiannya.

Pada September 1993 tertubuhlah Syarikat Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar.

Kini syarikatnya mempunyai 450 orang pekerja serta 4 buah lori besar 16-20 ton dan 6 buah lori kecil. Aktiviti pembelian getah dan BTB dari pekebun-pekebun kecil di mukim Grisek, Serom, Kundang, Bukit Serampang, FELCRA dan juga FELDA.

Purata hasil pembelian getah skrap mencapai 9 metrik tao/sehari dan 150 metrik ton buah kelapa sawit.

Syarikatnya menjalankan aktiviti ekonomi seperti:-
Aktiviti Pertanian Getah / Sawit – 100 hektar
Aktiviti Ternakan 30 ekor Lembu
Aktiviti Bukan Pertanian Pelesen Getah/Sawit, Kedai Runcit,Bengkel Kereta,Kedai Menjual Baja

Usaha dan sokongan dari pelanggannya, pendapatan En. Janis sebulan melebihi RM42,500.00.
Aktiviti Pertanian RM12,000.00
Aktiviti Bukan Pertanian RM30,000.00
Aktivit Ternakan RM500.00

Nasihat En. Janis ialah “ Untuk berjaya kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan disamping meraih pengalaman dengan mereka yang mahir.