Sunday, February 8, 2009

IDOLA SUAMIKU...



PEKEBUN KECIL CONTOH
DAERAH MUAR "

Berkata pepatah; “ yang senang tidak datang bergolek dan manakan dapat sagunya kalau tidak pecahkan ruyung.

Kini kejayaan yang dikecapi oleh seorang insan yang berpegang teguh kepada keyakinan yang utuh dan bersemangat waja, jatidiri serta bersyujur membuahkan hasil kejayaan kepada saudara Mohd. Janis b. Abu Bakar anak kelahiran Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar.Beliau dilahirkan pada 16 Mei 1957,dalam suasana kehidupan yang serba kekurangan dan tidak menentu pada ketika itu.Ayah dan ibu beliau membelai dan mendidik seramai sebelas orang anak-anaknya dengan rela dan reda memerah keringat mencari rezeki hasil torehan getah tua yang mengalir lesu selesu usia Pak Bakar.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan akademi yang tinggi sekadar tamat tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir,beliau tidak berputus asa dengan bermodalkan RM4.00 meraih getah skrap dan keeping dari pekebun kecil disekitar kampung dengan menggunakan basikal tua pemberian datuknya untuk dijual ke pekan Bukut Gambir pada tahun 1972.Setelah beberapa tahun,beliau memohon lesen pembelian getah dengan membuka kedai sebaik sahaja mendapat kelulusan.peringkat awal beliau mendapat kemudahan pinjaman dari sebuah institusi kewangan sebanyak RM60,000.00, kemudian beliau memulakan perniagaan melalui KOPMAJU BHD. Pada tahun 1996 beliau diaugerahkan sebagai Penaiga Jaya Wilayah Selatan. Walau apapun rintangan dan tekanan namun beliau terus megejar cita-cita dan impiannya.

Pada September 1993 tertubuhlah Syarikat Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Muar.

Kini syarikatnya mempunyai 450 orang pekerja serta 4 buah lori besar 16-20 ton dan 6 buah lori kecil. Aktiviti pembelian getah dan BTB dari pekebun-pekebun kecil di mukim Grisek, Serom, Kundang, Bukit Serampang, FELCRA dan juga FELDA.

Purata hasil pembelian getah skrap mencapai 9 metrik tao/sehari dan 150 metrik ton buah kelapa sawit.

Syarikatnya menjalankan aktiviti ekonomi seperti:-
Aktiviti Pertanian Getah / Sawit – 100 hektar
Aktiviti Ternakan 30 ekor Lembu
Aktiviti Bukan Pertanian Pelesen Getah/Sawit, Kedai Runcit,Bengkel Kereta,Kedai Menjual Baja

Usaha dan sokongan dari pelanggannya, pendapatan En. Janis sebulan melebihi RM42,500.00.
Aktiviti Pertanian RM12,000.00
Aktiviti Bukan Pertanian RM30,000.00
Aktivit Ternakan RM500.00

Nasihat En. Janis ialah “ Untuk berjaya kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan disamping meraih pengalaman dengan mereka yang mahir.

No comments: