Sunday, February 8, 2009

BLOG HINA ISLAM...( SEMUGA ALLAH MEMBINASAKAN MEREKA AMIN )





AMIK DARI TRANUNG ..TQ

Masih ada lagi golongan tidak bertanggungjawab yang cuba menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam di Malaysia. Malah mereka ini semakin berani bertindak menghina dan mencaci kesucian agama Allah SWT.


Semasa saya di pejabat, saya mendapat emel kiriman daripada seorang sahabat mengenai dua blog yang masih lagi beroperasi. Blog ini jelas menyiarkan penulisan yang menghina agama Islam. Saya cuba melihat sendiri apa yang diperkatakan oleh sahabat saya ini dan ternyata apa yang beliau nyatakan adalah benar.

Antara isi kandungan blog biadab itu ialah:

Aku sangat benci ISLAM kerana:

(1) ISLAM-lah yang lebih dahulu membenci non-ISLAM.
(2) Dalam ISLAM tak ada toleransi, mereka turut campur dalam urusan peribadi non-ISLAM.(3) Penumpahan darah non-ISLAM membawa berkat buat ISLAM. FUCCCK YOUU Ler!
(4) Secara ringkas, ISLAM merupakan aliran rasis tanpa toleransi yang mengatas-namakan Tuhan yang ingin mendominasi dunia dengan ayat-ayat biadab karya NABI PALSU MUHAMMAD.

Itu hanya sekelumit penulisan yang dibuat oleh penulis blog itu. Masih banyak catatan lama yang mempunyai penulisan secara terang menghina Islam.
Kepada penulis blog itu, kaji dan fahami isi al-Quran dengan jelas, bandingkan dan buat penilaian. Barulah boleh memberi kritikan. Ini main hentam keromo dengan memberi penerangan yang tidak lengkap dan jelas mencaci serta menghina agama Allah SWT yang suci ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat (49):6) yang bermaksud:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan..".

Saya menyeru semua sahabat blogger mengambil tindakan dengan flagkan blog biadab ini. Alamatnya adalah seperti berikut:

1. http://syurga-islam.blogspot.com/

2. http://www.apostatesofislam.com/

Saya mohon pihak yang berkuasa yang berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penulis blog ini. Tangkap dan adili di mahkamah serta kenakan hukuman yang setimpal.

Penulisan golongan ini boleh membangkitkan sentimen rusuhan agama dan mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara.

Tindakan kurang ajar dan tidak bertamadun ini perlu dihentikan segera. Bangkitlah wahai saudara-saudaraku. Kita tentang kebatilan secara habis-habisan.


sumber:- http://fairusrazak.blogspot.com/2009/02/lagi-blog-hina-islam.html
"

No comments: